Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

#RandomFlip | Surah An-Nahl, 53




Bila ditimpa kesusahan, 
Tak perlu terus cari manusia.
minta pertolongan daripada DIA dulu.
DIA akan hantar pertolongan melalui berbagai cara yang kita tak sangka2. :)

#RandomlyFlipped
#SurahAnNahl


..... A post from Facebook Page : Nutrisi Jasmani Motivasi Rohani ....





Thursday, October 16, 2014

#Purdah | Sehelai Kain Penutup Muka

bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t =)

berminggu-mingguan post title ni ter-parking kat draft.
maka marilah kita teruskan. kang mahal pulak bayau parking.
:p

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi.
Sentiasa memelihara seorang insan lemah bernama
NUR ATIQAH BINTI AB RAZAK
dengan segala cara,
tanpa diminta pun tetap DIA bagi segalanya
sebab DIA Maha Tahu apa yang kita perlukan
lebih daripada yg kita sendiri tahu.

Kadang-kadang kita rasa mahu/perlu, dan kita minta
tapi kita tak dapat
sebenarnya kita tak perlu, dan DIA lebih tahu.

Kadang-kadang kita tak mahu & rasa tak perlu,
tapi DIA bagi, walaupun kita tak minta,
sebenarnya itulah yg terbaik untuk kita.
alhamdulillah, saya ada ALLAH.

----------------------------------------------------------------------

Back to the main topic =)
'Sehelai Kain Penutup Muka'

PURDAH. NIQAB.
tak pastilah sangat apa bezanya. tak kaji sangat.
tapi I prefer to refer it as purdah :)

ada sahabat-sahabat yg tanya
macam mana bole pakai?
kenapa tiba-tiba pakai?
pakai terus ke ni?
pakai purdah ni kena istiqamah tak?
boleh ke pakai niat nak elak dari habuk/panas?
macam mana bila dah pakai? apa respon orang sekeliling?

and macam2 lagi. positif2 je semuanya kott. :)

ye. sekarang dah agak biasa kalau berpurdah dalam komuniti di Malaysia. and ada yang sedang mencari kekuatan untuk berpurdah. so, iqa sharing sikit la untuk korang :)

----------------------------------------------------------------------

since WHEN?
 kalau yg try try pakai, memang dah pernah pakai keluar jalan2.
tapi tak sampai 5 kali pun lah.
keluar dgn along pernah. (lama dulu)
keluar dengan mayna pernah. (lama dulu)
keluar dengan Roommates 3A-00-31 main ice skating. (2014)
keluar dengan BFF safy wa bella. (2014)


Dulu, pemakaian purdah ni macam agak tak biasa. Jarang nampak.
(tapi kat Seri Petaling ni memang biasa la sebab ada Madrasah & Markaz.)
Sebenarnya, kecik-kecik dulu iqa pelik kenapa ibu pakai purdah? Ibu orang lain tak pakai pun. Makcik2 sedara tak pakai pun? Err... I don't think I'm gonna wear it when I grow up. I want to be 'normal'...

----------------------------------------------------------------------

I don't remember, sejak bila terdetik rasa nak pakai.
Tapi antara WHY? -nya

~ Cuti Sem Diploma. Teman ibu ke Kelas Ust Abdullah. Ada 1 hari tu dia kata;
"kita tahu tutup aurat tu wajib, tapi kita biarkan anak-anak perempuan kita pakai seluar, tak pakai purdah blablabla"
And I was like, huh? tak boleh pakai seluar? kena pakai purdah??
........hmm yeke?.......
tak tau la. tapi, agak terkesan & dah ada fikir sikit2

----------------------------------

~ Time degree kat UiTM Shah Alam. Tetibe kawan2 rapat (Nadia, Tira, Ayuni) macam cakap pasal purdah2 ni. diorang siap g beli kat Masjid Biru. Macam excited sikit. so, bawak la yg dari rumah punya. main trytry pakai. and set kononkonon nak try 1hari keluar pakai purdah sesama. hehe.
(tak terlaksana...hihi)
......tapi time ni, memang dah gilagila rasa macam nak pakai. balik rumah pun trytry pakai dalam rumah. and dah start rasa bila jumpa/lalu depan lelaki, rasa macam nak tutup je muka. naaak paaakaaaaiii.
TAPI. takde kekuatan. ....sebenarnya? takde keputusan!~
ibu pulak kata, kalau nak pakai sekejap2, takpayah pakai. nak pakai, pakai terus. aduhai. lemah semangat den. fine~ tunggu habis belajar lah. *tertangguh*

--------------------------------

~Time keluar dgn roommates. tiga2 TRY je pakai. main iceskating ka SunwayPyramid. kat kaunter gambar, budak yg jaga tu sembang2.
dia ingat kitorg dari arab. padahal malaysia.
dia kata, bagusnya korang pakai ni. kat tempat saya (Pakistan kot), memang almost semua pakai. kat Malaysia ni, Islam tapi pakaian seksi2.
They think that they're beautiful when they show their body.
but actually, people like you are the true beauty. beauty of Islam.
*lebihkurang. the conversation was in English la of course"
.....tergamam kami....
macam.....zzz.... kitorg pun pakai trytry je nih bro... T_T
so, satu lagi petunjuk dari Allah.
balik rumah, esoknya lusanya, tulatnya takde keluar rumah.
pastu hujung minggu keluar, LUPA nak pakai purdah. adoiii. memang tak bersedia lagi lah tu namanya. sebenarnya, takde keputusan!~
*tertangguh lah lagi*

masih mencari-cari *alasan* untuk pakai purdah.
biasa orang pakai sebab, masuk belajar sekolah/madrasah/kolej agama. ada yg pakai sebab kahwin, ikut cakap suami. ada yg pakai sebab ibuayah suruh.
aku? T_T
boleh tak, kalau nak pakai, bukan sebab manusia? (family/suami/sekolah)
nak pakai sebab diri sendiri nak. nak pakai sebab Allah.
okay. kena teruskan mencari jawapan & kekuatan.

--------------------------------

And, tetiba ada program ni
Kem SMART LIFE. 20june2014. bersama Ust Ebit Lew.

Bella a.k.a Kaklang yg ajak join. 
iqa pun memang suka dengar&baca perkongsian2 Ust Ebit.
kebetulan berkelapangan, maka join lah :) Alhamdulillah.

Time ni, kaklang memang dah 70% istiqamah pakai purdah.
So, iqa terfikir, apa kata aku TRY pakai purdah sepanjang program ni. Sebagai praktikal. Beraktiviti, beriadah, bermakanminum. Okay kot 3hari2malam nak praktis pakai. tengok lah nanti camne.
doa Allah bagi petunjuk & kekuatan utk istiqamah pakai.

SO......
iqa pun pakai. and as expected, kaklang pun pakai.
so, cun lah. bagitau kat kaklang niat nak praktis je. :p
sampai2 kat resort, jumpa dengan fasi. kebetulan pakai purdah jugak.
dia tanya: "iqa dah lama ke pakai? macamana bole pakai blablabla."
errr...sebenarnya ni baru nak try pakai... adeh~
kat kem ni, 80% budak sekolah. kami 3 je 'remajadewasa'. layaan jelah.
DAN...
waktu nak solat jemaah di dewan. tiada tabir. kem kan, biasa la. lagipun majoriti peserta budak-budak. tapi solat kan kena buka purdah, so kena la ada tirai. Ust Ebit beriya-iya nak pasangkan tirai, mintak kat pengurus resort kain & tali. time tu lah iqa rasa macam.....
betapa begitu terpelihara nya. Allah pelihara, manusia pun pelihara.
memang betul lah ayat


sepanjang program memang best. memang lebih terkesan bila berdepan terus dengan Ust Ebit Lew & Cikgu Rahman Lew.
oh. ofcos lah dia takde cakap pasal purdah ke ape ke. tapi keadaan tu rasa macam terkesan je. persekitaran luaran & dalaman hati.


----------------------------------------------------------------------

masalahnya, bila dah habis program,
"alamak. da habis ujian 3hari2malam. now what? nak terus pakai ke tak nih?" 
kalau YE; seriousss ko nak pakai? kena bebetul istiqamah. ko dah readyyy kerrr? dah fikir masak2 kerr? [bisikan syaitan..haha]
kalau TAK; hmm. kalau tak buat keputusan untuk terus pakai, entah nak tunggu petunjuk yg mana pulak lah baru nak pakai~ [malaikat jentik iman]

dan dengan izin Allah, iqa buat keputusan untuk terus pakai.
balik dari program tu, terus g skola mayna. dia terkejut
ni kakak dah betul2 pakai ke? sebab pegi program tu je?
and Allah gerakkan mulut iqa utk jawab:
"YES. InsyaAllah. Terus pakai =) "







and. Mayna pun alhamdulillah dah start pakai.
tapi kalau kat sekolah, tak pakai lah. :)
her WHY? i don't know. tu kena tanya dia lah. hehe


----------------------------------------------------------------------

WAJIB ke pakai purdah?
well, iqa pun tertanya-tanya dgn statement Ust Abdullah tu.
balik dari program tu, iqa pun google lah cari maklumat
antaranya iqa refer kat tulisan Dr. MAZA ni

http://drmaza.com/home/?p=68

dan lagi satu, mungkin syahirul.com tapi tak bookmark pulak linknya. uhuhh

korang cuba buat homework sikit, cari hadis berkenaan anggota wajib tutup aurat mengikut Mazhab Syafie.

tapi iqa selalu fikir...
Para Isteri Nabi s.a.w dan Para Sahabiah pun pakai purdah,
Jadi nya pakai purdah ialah Sunnah (lahiriah) Ummul Mukminin.
Jadi kenapa tidak kita ikut? Kalau boleh ikut, kan bagus. :)


----------------------------------------------------------------------

PENERIMAAN orang sekeliling?
Alhamdulillah. okay je. maybe sebab dikelilingi orang-orang yg positif. and sebab iqa tak kisah sangat pun apa orang nak kata. 
sebab, dah ada keputusan! =)

dengan keluarga? semestinya okay
dengan kawan2? pun okay jugak
dengan masyarakat? yes. sangat okay. rasa lebih dihormati. i mean, tidak diganggu bila keluar. nak feewit2 ke, nak langgar2 rapat2 badan ke takde.


alhamdulillah. memang okay. 'normal' je.....

boleh je jogging
boleh je jumpa CR7. hehe

boleh je g Events =)
                           
             boleh je sharing kat depan

----------------------------------------------------------------------

(elehh, semua gambar HERBALIFE jek~ haha. yup. sejak dah pakai purdah, lagi lah rasa nak work in Herbalife terus. tak ya keje *employed* sebab biasanya tak de employer yg akan allow to wear purdah while working. except if I employ myself. hihi. and lagi,  I can choose my colleagues, work dgn gegurl je.
YES. perjalanannya tak mudah. Nak coaching & build business. But I can see the bright end, even though the path is tough. memang kena be strong. InsyaAllah kalau ni yg terbaik, moga Allah permudahkan.
Misi menyampaikan Dakwah Kesihatan kepada ummat Islam! :)


Apa ponnnn, kalau pun tak business, personally as a consumer, Iqa tetap sayaaaang Herbalife Products & akan makan shake sebagai makanan asas, sampai ke anak cucu cicit
dengan izinNya. ^_^


------------------------------------------------------------------------------

YES. I feel safe. I feel secured. I feel protected.
and I am happy =)
dan sebenarnya, 
 "I want to be 'normal' "
itu Allah terjemahkan dalam diri iqa ialah 'fitrah'.

YES. fitrah. memang fitrah wanita lemah & nak dilindungi.
SEMUA wanita sememangnya indah. seindah perhiasan dunia.
dan sebab kita indah lah kita wajib menutup aurat.
tak perlu sekali-kali diterjemahkan kecantikan tu dengan berpakaian mendedahkan aurat. jangan terpedaya dengan barat!

watch this video. i love it. sejak zaman sekolah suka tengok. :)





----------------------------------------------------------------------

ada sahabat tanya
bestnya pakai. tak tau la bila saya boleh pakai. saya rasa tak layak.

my dear, semua orang layak. including YOU :)
kan kita berhak nak lindungi diri kita sendiri.
so, awak yg buat keputusan. bukan orang sekeliling.
DOA. DOA. DOA. :)

yang penting:




----------------------------------------------------------------------


sekian sahaja coretan yang kemain panjang berjela.
semoga bermanfaat.
selamat malam. ehhh. selamat pagi.
tido lambat lagi. adoi~


Saya Sayang Semua. Kerana Allah.
   Assalamualaikum.

Friday, May 2, 2014

Rumah yang Hidup by Ust Ebit Lew



Tengah rasa sedih sangat.... 
Dulu kalimah syahadah ini membuat Islam ini bersaudara dan berkasih sayang. Sehingga kasih sayang sesama Islam menarik hati bilion orang bukan Islam untuk menyertai keluarga Islam ini. Hari ini Islam itu sentiasa tinggi dan mulia seperti AL-Quran itu. Tapi sudah hilang dari kehidupan umat ini...Ini semua salah saya kerana dosa-dosa saya sehingga hari ini. Ketika ini yang membuat hati ini terubat ialah rindu pada Nabi saw dan sahabah.Rumah yang menarik pandangan Allah ialah Rumah Nabi saw dan Sahabah...


Rumah yang hidup dengan 4 amalan utama.


1) Wujud suasana dakwah. Percakapan iman dalam rumahtangga. Mulakan dengan halkah iman dalam rumah. Mughibat Iman. Tiada Tuhan Melainkan Allah. Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Semua makhluk tiada kuasa. Allah Maha Kuasa. Duit, harta, kuasa tidak boleh bina kehidupan bahagia. Allah yang bina kehidupan kita. Allah pemelihara kita. Allah letakkan kebahagiaan dan kejayaan dalam agama sejauh mana kita taat perintah Allah dan mengikuti kehidupan Nabi saw..Cerita Nabi-nabi dan sahabat rhum pada anak-anak. Semua kisah Nabi menceritakan perjalanan hidup dan terutamanya dakwah setiap Nabi-nabi kerana umat ini adalah umat dakwah. Umat Daie. Terangkan kepada anak-anak 7 bilion manusia di dalam dunia ini tanggungjawab dan kerja kita orang Islam. Hantar jemaah ke seluruh dunia. Di mana-mana tempat diazab dan diturunkan musibah segera hantar jemaah ke sana. Beli peta dunia tampal dalam rumah. Tanda tempat atau negara atau kampung yang belum sampai Islam. Doakan manusia di seluruh dunia.

  
2) Belajar dan mengajar ilmu agama dalam rumah. Mulakan dengan bacaan Hadis Nabi saw bersama keluarga. Keghairahan dalam jiwa setiap ahli rumah untuk menuntut ilmu Islam.

3) Ibadah. Suasana solat fardhu awal waktu. Lelaki berjemaah di Masjid. Solat tahajud, Solat Dhuha, Baca Al-Quran, zikir dan selawat serta istiqfar pagi dan petang, suasana amal, suasana doa panjang-panjang dengan rayuan dan penuh harapan dan tangisan.

4) Suasana kasih sayang dan saling memberi khidmat. Sifat kasih sayang yang tinggi kerana Allah. Senyum, memaafkan. Berlumba beri khidmat. Berlumba nak masak. Berlumba nak bersih dan basuh rumah. Semua rajin dan suka memudahkan urusan ahli keluarga yang lain. Suka menyambut tetamu. Suka memberi makan.

Ya Allah jadikanlah masjid dan rumah kami semua menjadi asbab hidayah manusia seluruh dunia seperti Madinah Munawwarah di Zaman Nabi saw dan Sahabah rhum. 'Madinah Munawwarah'...Nama itu pun penuh meninggalkan kesan dalam jiwa ini. Apa itu bahagia tanpa kembali kepada kehidupan Nabi saw. 

Kita cuba capai bahagia tanpa kembali kepada kehidupan Islam........
Itu satu' FATAMORGANA'


i love to read sharing and share readings.
share your readings & read my sharing
because sharing is caring *.*




LOSE/GAIN/MAINTAIN WEIGHT/IMPROVE HEALTH/EXTRA INCOME
ASK ME HOW NOW!
 | NURSISQA | Personal Wellness Coach | 0194574963 | sisqa90_slc@yahoo.com |

Friday, February 14, 2014

Solat Akhir Waktu



Tinggal hanya 15 minit lagi, waktu Solat Isyak akan masuk. 

Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat. 
Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai. 



Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih. 
Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam. 
Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya. 
Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya.



Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada. 
Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat. 
Ianya adalah hari mahsyar! 



Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu lambat lagi akan berlaku. 
Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri? 
Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar! 
Soal siasat itu sedang berlaku! 

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil. Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. 
Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri 
Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya. 
Dua malaikat memegang tangannya, menggiring dan membawanya ke hadapan.
Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai. 
Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana.
Kepalanya terpunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem. 
Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan.
Orang ramai semua tidak menghiraukannya. 

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti: 
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam. Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan. Dia mengaku kesnya. 
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan untuk dilakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan". 

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini. Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan. Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad. 

Akhirnya, keputusan itu dibuat. 
Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai.
Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka. Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh terjelepuk, melutut dan menjerit. Dia menyatakan bahawa ianya salah. 
"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. 
Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang. Kakinya diseret, sedangkan mukanya menyembam menggahar debu, tanah kerikil dan sebagainya. 
Mereka menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam. Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya. Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya. Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka. 

Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat... 
Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata; 
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka" 

Dia mula menjerit; 
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?" 
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya. Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya. 

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api. Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif. 

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya, 
"Siapakah anda?" 
Orang tua itu menjawab, 
"Saya solat anda" 
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! 
Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur." 
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, 
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!" 
Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud.
Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh. 

Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. 
Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak. 
Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi.
Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar. 


https://www.facebook.com/sisqa90/posts/10202686936872237

Thursday, July 11, 2013

*-* my anniversary *-*

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh =)
Happy-Danjiki! ^_^ *danjiki=puasa. Imran-san ajar.
Salam Ramadan Semua. 
Semoga Ramadan kali ini lebih lebih baik daripada Ramadan tahun lepas.
InsyaAllah. 

mungkin boleh cuba buat checklist AUDIT DIRI begini & tampal kat bilik.
clear ke gambar tu?huu.. left side tu, list down 'BAD-ME'
*sume2 yg lemah/kurang/jahat/boleh-diupgrade
pastu, right side, tulis kita nak cuba improve kan jadi yg macam mane
nak jadi BETTER-ME
as guideline utk sepanjang bulan ini, yg kita akan
"TERketuk" if kita TERlupa... insyaAllah.

dan dan dan, same2 lah kita cuba rebut pahala2 ibadat sunat sepanjang bulan barakah ni.
tarawih + tadarus + sedekah + zikir + selawat + qiam DAN moga2 bertemu
LAILATUL QADR
paling penting, semoga Allah terima semua amalan kita yg tak seberapa ni.. huhu...


ehe. TERtazkirah pulak :p


*back to topic*



happy anniversary to ibuayah, me, farahizzati syazana & herbalife.
kami start menjebakkan diri dalam dunia nutrisi ni pada Ramadhan lepas. 
ni dah Ramadhan semula. maka, genaplah setahun. alhamdulillah. =)

ibuayah yg start dulu. *aku jadi miss-blender jekk*
dgn my cousin faisyana yg kebetulan spend weekend ramadan dia kat teratak EndahPromenade kami.
(kenangan buat kuih cornflakes & lempengg coklattt with mayna-chan. haha. lawak gle.
kitorg jekk faham :p )
asik blend for ibuayah je. timbul kejelesan & keterujaan & keterliuran chocolate shake herbalife.
maka, kami MAHUUU  shake jugakk...huhuu!
pinjam dulu produk ibuayah. cuwik 1 tong shake. awal bulan, bayar balik. hee.
student pun insyaAllah mampu beli. RM100++ je.. awal bulan, terus apportion kan duit utk shake.
SERIUS jimat sebab kalau nak dapat khasiat sama macam shake 55in1 neh.
kene pegi pasar cari 7 warna sayur & buah, pegi farmasi beli supplement semua vitamin & 18 amino acids.
as a student yang berkira, lagilaa aku x mampu T_T

-------------------okay. blablabla.-------------------

ada tak orang yg berpendapat macam aku dulu:
"ala, ak TAK gemuk pun, x perlu herbalife2 neh. sihat dah. makan jela pape pon. takgemuk punyee"
haa.. begitulah keSCEPTICan aku & penolakan aku terhadap Herbalife.
memang sebelum ni aku health-concious. *sikitsikit* 
Tapi, honestly rupanya dulu aku cetek ilmu.. aku xtau ape itu NUTRISI..

tapi, abaikan tu dulu. aku just nak share starting point aku mula accept herbalife dan
mula bersederhana & mengajak keluarga untuk bersederhana dalam pemakanan walaupun logicnya aku takgemuk & boleh je telan semua makanan. takperlu herbalife blablabla
ialah kerana gambar ini.


gambar ini. ada sorang hamba Allah post kat FB. tak ingat sape. tapi, aku ter-tacing sangat.
maka TERtanamlah satu perasan untuk nak ubah  satu kebiasaan.

BIASANYA, berbuka ibu buat ringan2 (mee/kueyteow/bihun/pasta) tapi banyakk.
air: milo ais. bandung soda ais. sunquick ais. sukesuke je ape2 pun boleh.
then, kadang2, kalau g bazaar, ayah akan beli murtabak kat semua gerai yg ada jual murtabak.
1 ayam + 1 daging x 6 gerai. 
+ kuihmuih roti john bagai. 
+ bubur dari masjid 2 bungkus.
ini kami yg pegi bazar hujung minggu. kalau yg pegi hari-hari tu..? agaknya camne ye? hmm
*tibe2 semua orang jadi kaya. sedar2 da habis banyak $$$$$$$ kat bazar je*

adakah selalu jadi begini?


puasa 14jam je. do we really need that much to recover? or is it 'balasdendam' time?

confirm2 akan: waaa..manyaknyeee makanan... nomnomnom... air best.. slurpppp
magrib terlewat sikit & fullstomach.. pas magrib continue lagi.. tarawih nantok2..
Pas tarawih: eh,ade lagi sikit ni. habiskan ler.. kang membazir..  and kadang2, memang terbazir pun.. uhuh

padahal, saudara seislam kita yg dalam gambar kat atas tu, berapa jam agaknya dia takdapat makanan?
atau, berapa hari? atau berapa minggu?


alhamdulillah. Ramadan tahun lepas, tiada ke bazar. semua masak kat rumah.
dan shake same-same. (ibuayah,me&farah)
sangat kurang pembaziran. no more food carried forward
(masukFRIDGEkeluarFRIDGEmasukFRIDGEkeluarFRIDGEmasukTONGSAMPAH) T_T

tahun ni, lagi best. Ibu, Ayah, Angah, Kakak, Mayna, Imran di Jepun, AtokNenek di Melaka.
Farah di penang. semua sahur yang samaaaaaa

go shokai shimasu. kochira wa, Imuran-san. 
Duta Herbalife from Japan. kachakk kan?

*maappp..maaappp.. gini ler jadiknya kalau dah lamaaaaa tak update blog :p



bagi homework cikit nak tak? takya susa susa bukak buku. tanya je pada Encik Google.
Proses Autolisis di bulan Ramadan.

nanti korang akan faham, kenapa kena makan berpada-pada lebih2 lagi bulan Ramadan ni =)
dalam setahun, Allah jadikan bulan ni SPECIAL sangat.
macam2 fadhilat. spiritual & physical & mental.

okkayyy.. it sajeee... jom.. jom.. lengkapkan juz hari ni ^_^

---------------------------------------------------------------------

p/s: siapa-siapa nak try HERBALIFE bulan Ramadan ni. bole contact me 
019-4574963.

NURSISQA baik hati bulan ni. nak bagi BANYAKBANYAK FREEGIFT & PROMOTION.
tapi malas nak buat bergambar, katalog2 bagai.. T_T *teruk*
so, kalo nak try herbalife, tanye je ye. time tu jugak teruih lukis.
FREE consultation!
supaya bole personalize kan program untuk masalah anda/kelurga/kawan/jiran anda.
nak mintak free tools pon boleh.
TAPI kene ikut cakap NURSISQA! minum shake hari2 & airmasak banyak2. ngeee
product takboleh free. in herbalife sebab discounting tu haram.
tapi kalau nak LEGAL discount 25%, 35%, 42%, 50% 
boleh diajar boss! tanye jeee ^_^
nak sihat, nak berjaya, harus usaha sendiri okay?
saya boleh sponsor atok/nenek/adikecik/ibuayah JE <3 font="">


Assalamualaikum. Salam Ramadan. Maafkan salahsilap kuuuu.. :)

Tuesday, February 7, 2012

DOA NABI MUSA A.S


“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.
Ya Allah apa saja yang Engkau anugerahkan kepadaku dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia sebagai kekuatan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Dan apa saja yang Engkau singkirkan dari apa-apa yang aku cintai maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Ya Allah jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk di saat kehausan. Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-malaikat-Mu, rasul-rasul-Mu dan hamba-hamba-Mu yang salih.
Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredaan-Mu.
C&P

Sunday, June 5, 2011

$hUt uP...! -silence is golden

"Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama Sayidina Abu Bakar As-Siddiq. Datang seorang lelaki lalu memarahi dan mencaci hamun Sayidina Abu Bakar. Sahabat mulia itu diam sahaja, tenang mendengar tohmahan dan seranah yang dihamburkan kepadanya. Melihatkan Sayidina Abu Bakar tidak bertindak apa-apa, lelaki itu menjadi semakin berang.

Suaranya semakin lantang mengherdik dan menengking Sayidina Abu Bakar. Namun, caci dan makian itu tidak juga menyebabkan Sayidina Abu Bakar marah. Beliau duduk  diam sahaja di samping Rasulullah s.a.w. Dibiarkan lelaki yang tidak dikenali itu terus galak dengan perangai bodohnya.

Barangkali berasa malu kerana gagal membuatkan Sayidina Abu Bakar bertindak sesuatu, lelaki itu mencaci sekali lagi. Kali ini lebih hebat dan lebih keras. Dituduh, dikeji dan difitnah dengan pelbagai tuduhan serta bahasa yang sungguh kesat, sehingga sahabat mulia itu berasa maruahnya tercabar.

Akhirnya perlahan-lahan Sayidina Abu Bakar bingkas. Melihat Sayidina Abu Bakar bangun, Rasulullah s.a.w. yang sedari tadi berdiam tenang pun ikut bangun. Spontan menarik perhatian Sayidina Abu Bakar, lalu beliau pun bertanya, "Wahai Rasulullah! Adakah kau juga mahu membelaku?"

"Tidak," jawab Rasul sepatah, "Waktu engkau berdiam diri tadi, malaikat berdiri di sampingmu untuk menafikan kata-kata lelaki itu. Tetapi apabila engkau bangkit untuk menjawab caciannya, malaikat pun beredar meninggalkanmu. Sekarang yang datang adalah syaitan".

"Untuk apa syaitan datang?". "Untuk mengapi-apikan lagi suasana yang sudah mulai panas. Untuk melaga-lagakan lagi keretakan yang sudah mulai pecah dan menyerpih".

Allah s.w.t. mengingatkan dalam firmanNya:
"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak berfaedah, mereka berpaling daripadanya dan berkata, "bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang yang jahil. (Al-Qassas : 55)

are you looking for these?

how can CoachSisqa help you?

Name:
Email Address or Facebook
Where do you live now?
How can I help you with Herbalife? Healthy Breakfast
Maintain Weight
Gain Weight
Lose Weight
Improve Health/Energy
Improve Skin Problems
Consume Herbalife with Legal Discounts
Extra Income (RM500-RM3000)
Are you SERIOUSLY SERIOUS?? Yes!
No~
Not Sure..
Any questions you want to ask Coach NURSISQA?

Click here to create your own form.